Pusat Sumber Sekolah

SEJARAH PSS

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri mula dibuka pada Jun 2002 dibawah pimpinan Puan Nor Azizah Lamijan. Setelah beliau dilantik sebagai GPK HEM, Puan Hafizoturrafiah Supeni meneruskan Visi dan Misi PSS hingga penghujung 2002. Januari 2003, PSS dipimpin oleh Puan Siti Eshah Hj. Tahir. Beliau yang berpengalaman sebagai Penyelaras PSS di SK Kuang, akan terus menjayakan Visi dan Misi PSS berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada tahun 2005, sekali lagi pentadbiran PSS berubah. Kali ini Puan Idayu dipertanggungjawabkan untuk menerajui Pusat Sumber Sekolah. Beliau yang berpengalaman luas memberikan sepenuh tumpuan dan dedikasi bagi merelisasikan Visi dan Misi PSS.

Bermula dari itu, PSS semakin berkembang dan diperluaskan penggunaannya. Penglibatan dan sokongan telah diberikan oleh semua pihak termasuk pentadbir, ahli jawatankuasa dan Pengawas Pusat Sumber bagi memastikan PSS digunakan secara optimum.

PSS terbahagi kepada perpustakaan, bilik pandang dengar, bilik alat bantu mengajar, bilik kerja, bilik audio dan sudut-sudut bacaan. Antaranya Sudut Ilmu, Sudut Gemilang dan Sudut Cemerlang. Pondok-pondok bacaan yang disumbangkan oleh PIBG telah menambahkan lagi menambahkan lagi semangat dan minat untuk membaca dan merehatkan minda pelajar SKBTP.

VISI

  • Semua murid dapat menguasai kemahiran berfikir dan  mencari maklumat.
  • Membekalkan prasarana menuju era internet.
  • Melahirkan insan yang berakhlak mulia.

MISI

  • Mempertingkatkan taraf pendidikan.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin.
  • Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar.