Majlis Pemuafakatan Ilmu

 

This slideshow requires JavaScript.

♥10 Mac 2012♥

♥SKBTP♥ telah mengadakan satu Majlis Memuafakatan Ilmu antara pentadbir dan guru-guru Tahun 6 bersama dengan ibu bapa murid Tahun 6 2012. Majlis ini bertujuan untuk memberi penjelasan, membentangkan Misi UPSR 2012, analisa pencapaian dan sasaran dan yang paling penting sebagai salah satu penghubung guru-guru dan ibu bapa sendiri.

Aturcara Majlis

Pendaftaran bermula dari 8.00 pagi hingga 8.30

Pn. Rosliza dan Pn. Aziah telah membuat persediaan pendaftaran dan menunggu dari pukul 7.30 pagi lagi untuk menyambut kehadiran ibu bapa dan murid Tahun 6.

Ucapan alu-aluan daripada  Pengerusi Majlis iaitu En. Zaidi Abdullah merangkap Penyelaras Tahun 6.

Bacaan doa oleh Ustaz Izham Hasni bagi memberkati majlis.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar berkat dari Allah S.W.T

Ucapan daripada Guru Besar   ♥SKBTP♥  , En. Rosman Mansoor yang mengharapkan kerjasama optimum dan sokongan daripada ibu bapa untuk kejayaan anak-anak Tahun 6   ♥SKBTP♥   2012. Tanpa sokongan ibu bapa segala program yang ingin dirancang tidak dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berjaya. Seterusnya En. Rosman juga memperkenalkan barisan guru-guru Tahun 6 sesi 2012 yang terdiri daripada:

  1. EN. ZAIDI ABDULLAH – Penyelaras Tahun 6 & B. Malaysia
  2. PN. ROSLIZA SAIDIN -Guru Kelas 6 Bestari & Matematik
  3. PN. KALA A/P MENI – Guru Kelas 6 Amanah & B. Inggeris
  4. PN. NOR MEGAWATI ABDUL JALIL – Guru Kelas 6 Nilam & B. Malaysia
  5. PN. NURAIN SULAIMAN – Guru Kelas 6 Dedikasi & B. Malaysia
  6. PN. MELATI NORDIN – Guru Kelas 6 Rajin & Matematik
  7. EN. WAN MOHD RIZAL WAN AHMAD – Guru Kelas 6 Tekun & Sains
  8. EN. EDDYANTO SUTIJO – Guru Kelas 6 Setia & Pendidikan Islam
  9. PN. ROSMAWATI BUANG – Guru Kelas 6 Ikhlas & Matematik
  10. PN. SUHAILA KASSIM – Guru Kelas 6 Kreatif & B. Malaysia
  11. PN. CHE HASLINA CHE ABDUL HADI – Guru Kelas 6 Pintar & B. Inggeris
  12. PN. NOORASHIKIN IBRAHIM – Guru Kelas 6 Usaha & Sains
  13. EN. MUHAMMAD NAZIM SHAHARUDDIN – Guru Kelas 6 Ehsan & Pendidikan Islam
  14. PN. SITI MAIZURA ISMAIL – Guru B. Inggeris
  15. PN. WAN NORIZAN WAN YUSOFF – Guru Sains
  16. PN. ROBEAH DAGAP – Guru B. Malaysia & Setiausaha Peperiksaan Dalaman
  17. PN. NOR AZAH MOHD. SIRAJ – Guru Bahasa Inggeris
  18. PN. AZIAH JAMRI – Guru Pendidikan Islam
  19. PN. RAIHAN RAHAYU MOHD. FADZIL – Guru Sains & Setiausaha Peperiksaan UPSR
  20. CIK NOR AZLINDA ABDULLAH – Guru Matematik & Penyelaras ICT
  21. PN. NORIAH MOHD NOR – GPK Kurikulum & guru Pendidikan Moral
  22. EN. ROSMAN MANSOOR – Guru Besar & Guru Matematik

Sebahagian guru-guru Tahun 6 2012 ♥SKBTP♥

Penyelaras Tahun 6 2012, En. Zaidi Abdullah memberikan penerangan program-program yang telah berlangsung dan bakal dijalankan sepanjang tahun 2012 ini bagi murid-murid Tahun 6 2012.

Perancangan Program yang dijalankan.

  1. Ujian Pra UPSR (Januari)
  2. Sinar Ilmu Pagi ( Januari- Ogos)
  3. Bacaan Yaasin setiap Jumaat ( Januari – November)
  4. Solat Hajat – minggu keempat setiap bulan
  5. Program Motivasi Kendiri (Februari)
  6. Program Jejak Gemilang / M&M C80  ( Februari – Ogos)
  7. program Anakku Sayang (Mac – Ogos)
  8. Bengkel Teknik Menjawab ( Mac dan Julai)
  9. Kelas Tambahan Sabtu ( 2x sebulan, Mac – Ogos)
  10. Anugerah Mutiara
  11. Majlis Mohon Restu dan Solat Hajat (September)
  12. Aktiviti selepas UPSR (September – November)

Sesi Motivasi

Motivasi oleh Pn. Amielia bt Min

Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Tips Pemakanan Sihat untuk Cerdas

  1. Minum banyak air mineral atau air kosong (plain water)-kurangkan menum air manis dan air berkarbonat
  2. Makan buah pisang kerana kandungan  vitaminnya yang tinggi.
  3. Makan kismis dari sekarang kerana ianya menjana minda yang cergas dan cerdas, juga menjadi amalan Rasulallah.
  4. Minum susu sebelum tidur terutama susu yang mengandungi DHA.
  5. Banyak makan vitamin

Pembelajaran berkesan

Beberapa tips pembelajaran berkesan

  1. Finding your optimum study – stay beside your children while they are studying at least an hour a day
  2. Minimize interruptions
  3. Take a break after lesson (20 to 50 minutes) to understand and recalling the lesson.
  4. Study in a group – buddy system
  5. Improving your vocabulary to raise intelligence
  6. Parents have to think out of the box
  7. Defense mechanisms – prevent it.
  8. Do a lot of exercises.

Finding Pihak ♥SKBTP♥ mengucapkan setinggi terima kasih kepada Pn. Amielia atau dikenalai sebagai Mama Amie dikalangan murid-murid diatas kesudian beliau untuk memberikan motivasi kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid ♥SKBTP♥.

Guru Besar mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Pn. Ameilia sebelum beliau pulang.

TERIMA KASIH MAMA AMIE – dari murid ♥SKBTP♥